Nak tahu siapa lindsey Stirling
Lindsey Stirling (lahir pada 21 September 1986) merupakan pemain biola, penari dan komposer yang berasal dari Amerika. Beliau telah membuat persembahan biola secara langsung dan juga di dalam bentuk video dimuat naik di saluran YouTube beliau iaitu Lindseystomp, bermula pada tahun 2007 . Pada tahun 2010, Stirling telah memasuki suku akhir untuk rancangan Amerika Got Talent musim kelima, di mana beliau telah dikenali sebagai pemain biola hip-hop.
Sejak tahun 2010 tersebut, Stirling telah mengeluarkan satu album sendiri bertajuk ,EP, dan beberapa single. Beliau melakukan pelbagai gaya muzik, dari klasik, pop, hip- hop hinggalah ke muzik tarian elektronik . Selain daripada itu, album beliau mengandungi lagu-lagu dari pemuzik lain dan pelbagai runut bunyi. Stirling telah menjadi sensasi di dalam YouTube apabila video muzik beliau "Crystalize" menjadi video kelapan paling ditonton pada tahun 2012 dan versi cover beliau " Radioactive" dengan Pentatonix telah memenangi Response of The Year pada YouTube Music Award yang pertama pada tahun 2013. Saluran YouTube beliau mempunyai lebih daripada empat juta pelanggan dan enam ratus juta jumlah pandang pada April 2014.
First jumpa lindsey kat youtube and terjumpa la "Phantom Of The Opera" cover by violin . And masa tu juga semangat nak cari lagunya yang diciptanya sendiri . Dan ada berberapa juga lagu yang Daniel jumpa iaitu "break your heart / tick tock" , " on the floor take three","roundtable rival " , " spontaneous me" , " transcendence"," we found love" ." All of me (cover)"," crystalize (tak tahu nak eja)". Yang Tu je Daniel ingat .
so kat bawah ni gambar dia la ,
so kalau nak tengok video dia , tengok di youtube atau pun layari www.lindseystirling.com




Tiada ulasan:
Catat Ulasan